Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 15, 2016

PUCHONG DINAIKI AIR PETANG TADI


Puchong dinaiki air petang tadi


Puchong - Laluan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran pusat beli IOI Mall, Bandar Puchong Jaya ditakungi air selepas hujan lebat kira-kira jam 4.15 petang ini.

Kejadian menyebabkan kesesakan berlaku hampir dua kilometer dari arah Bandar Sunway ke Pusat Bandar Puchong.

Hujan lebat petang itu turut menyebabkan ratusan kenderaan yang diletakkan di tempat parkir pusat beli-belah berkenaan ditenggelami air.

Difahamkan, hujan dengan kuantiti luar biasa menjadi punca paras air Sungai Klang meningkat mendadak.

Sumber memberitahu ia mengakibatkan sistem saliran air dari kawasan berdekatan stesen LRT tidak dapat mengalir sempurna.

"Limpahan air berlaku di atas laluan lebuhraya dan menyebabkan kesesakan antara dua dan tiga kilometer dari arah Bandar Sunway ke Puchong.

"Air surut kira-kira 30 minit selepas kejadian dan tiada kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan,"katanya.


0 comments:

share2