Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 19, 2016

PELAKON BOLLYWOOD DISERANG


Mallika Sherawat


Pelakon Bollywood, Mallika Sherawat dan teman lelaki warga Perancis diserang gas pemedih mata dan dipukul tiga penceroboh bertopeng di luar kediamannya di Paris.

Serangan ke atas pelakon berusia 40 tahun itu dan Cyrille Auxenfans, 45 berlaku beberapa minggu selepas bintang realiti televisyen Hollywood Kim Kardashian dirompak di Perancis.

Serangan yang berlaku sebaik pasangan itu tiba di bangunan kediaman Auxenfans pada jam 9.40 malam.

Menurut pejabat pendakwa di PariAgnes Thibault-Lecuivre penyerang bagaimanapun melarikan diri dengan tangan kosong.

Menurut akhbar harian Perancis, Le Parisien, penjenayah menutup muka menggunakan kain dan tanpa berkata-kata terus menyembur gas pemedih mata sebelum menumbuk Mallika dan rakannya itu.

Mallika pernah berlakon dalam siri filem termasuk Myth bersama Jackie Chan dan popular di negara asal dengan hampir dua juta pengikut di Twitter.

Pada 3 Oktober, sekumpulan lima perompak mengikat dan merompak Kardashian di sebuah hotel di Paris dan melarikan barangan kemas bernilai berjuta-juta pound.

Kumpulan penjenayah itu bagaimanapun masih bebas.


0 comments:

share2