Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 20, 2016

PAHANG ATASI KELANTAN, TERENGGANU


Pahang atasi Kelantan, Terengganu


Pahang mengatasi Kelantan dan Terengganu sebagai pengeluar akuakultur terbesar di pantai timur dengan pengeluaran hasil sebanyak 14,655 tan metrik pada tahun lalu.

Pengarah Perikanan negeri, Datuk Adnan Hussain berkata, berdasarkan hasil pengeluaran sedia ada, beliau yakin sasaran meningkatkan jumlah ternakan akuakultur sebanyak 16,000 tan metrik sehingga penghujung tahun ini mampu dicapai.

“Selain itu, jumlah penternak di seluruh negeri telah meningkat daripada 1,219 orang pada 2015 kepada 1,566 orang pada tahun ini dan ia merupakan fenomena cukup baik bagi industri ini.

“Ini menunjukkan bidang akuakultur semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat termasuk generasi muda walaupun berdepan cabaran cuaca tidak menentu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Pameran Akuakultur Negeri Pahang 2016, di sini.

Beliau berkata, selain ikan patin dan tilapia, ternakan udang turut menjadi pilihan penternak di negara ini kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar.

“Kita ada dua pengusaha udang terbesar yang mengeksport hasil ternakan, iaitu di Nenasi dan Pekan. Saya harap inisiatif kerajaan dapat membuka minda penternak lain untuk lebih berdaya saing dalam bidang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, seramai 571 peserta terdiri daripada penternak komersial dan kecil-kecilan menghadiri seminar yang memberikan pendedahan serta maklumat berkaitan industri akuakultur pada masa kini.

Katanya, pelbagai program, latihan serta bantuan disediakan selain seminar bagi menggalakkan lebih ramai individu terutama dalam kalangan nelayan menyertai industri akuakultur.


0 comments:

share2