Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 5, 2016

LAWATAN KE CHINA CAPAI KEJAYAAN LUAR BIASA


Najib Tun Raza


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan rasminya kali ketiga ke China mencapai kejayaan luar biasa, bukan sahaja dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala tetapi membawa pulang keberhasilan yang boleh dihitung.

Pemeteraian 14 Memorandum Persefahaman bernilai RM144 bilion antara syarikat Malaysia dan China dengan beberapa projek ikonik dan mega yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan sosial ekonomi negara.

Pembangunan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), laluan landasan berkembar kereta api menghubungkan Kuala Lumpur dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur seperti Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu and Tumpat, akan menjadi pemangkin kepada transformasi negeri-negeri di Pantai Timur.

"Projek-projek itu akan merangsang pertumbuhan sosioekonomi kawasan tersebut dan membawa banyak manfaat kepada rakyat di Pantai Timur," kata Najib kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat.

Beliau berada di sini untuk lawatan rasmi sejak Isnin.

Perdana menteri berkata, projek itu "tidak boleh dianggap mega sahaja, iaitu projek untuk tujuan prestij tetapi boleh menambah kesalinghubungan dan sudah tentu menguntungkan rakyat dan mempercepatkan aliran pengangkutan barangan dan perkhidmatan dan membawa kepada peningkatan ekonomi, dan ini juga boleh dianggap sebahagian daripada inisiatif "One Belt One Road" China.


0 comments:

share2