Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 29, 2016

[KUANTAN] PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI PAHANG (PKPP) LANCARKAN LOGO BARU





Sempena dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) daripada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) pada 1 Oktober lalu, logo dan lagu korporat PKPP turut dilancarkan.

Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob yang merasmikan logo baru PKPP berkata visi dan misi baru PKPP harus di laksanakan dengan baik.

Menurut beliau cara terbaik untuk kakitangan PKPP menempuh masa depan adalah dengan mencontohi nilai-nilai sifat Nabi S.A.W. ‘Benar’, ‘Amanah’,  ‘Cerdik’ dan  Menyampaikan’.

“Selain itu dengan sifat-sifat murni yang lain, kita akan mempunyai jadidiri yang kental dan organisasi yang kita berkhidmat akan mendapat kebaikan.” kata beliau.

Dato Sri DiRaja Adnan turut yakin dengan pengurusan PKPP yang ada sekarang untuk meneruskan visi dan misi yang ditetapkan sejak penubuhan asal LKPP pada tahun 1971.



         

0 comments:

share2