Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 14, 2016

GEMPA NZ: SEMUA 1,200 PELAJAR MALAYSIA SELAMAT


Gempa NZ: Semua 1,200 pelajar Malaysia selamat


Putrajaya - Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan bahawa kesemua 1,200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di lapan buah Universiti di Christchurch, New Zealand yang dilanda gempa bumi pada hari ini, selamat.

Pejabat Education Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand telah menghubungi kesemua wakil pelajar yang menuntut di lapan Universiti tersebut selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Education Malaysia di New Zealand telah menasihati pelajar-pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Pertahanan Awam New Zealand.


0 comments:

share2