Guadalajara - Akibat berat hampir 500 kilogram, seorang lelaki menghabiskan masa enam tahun terlantar tidak bergerak di katil rumahnya.
Juan Pedro Franco, 32 bagaimanapun berjaya dipindahkan dari rumah ibunya di Aguascalientes ke pusat rawatan di Guadalajara untuk menjalani pembedahan 'gastric bypass'.
Dalam satu kenyataan, Juan mendakwa beliau telah mencuba pelbagai diet namun semua usahanya gagal.
"Saya betul-betul terdesak (untuk mengurangkan berat badan). Tetapi akhirnya badan saya memberikan reaksi negatif dan saya koma untuk suatu tempoh," kata Juan dipetik laporan News.com.
Juan menambah, beliau terlantar di atas katil dan tidak mampu berjalan selepas sedar dari koma.
"Ini adalah perkara yang paling teruk. Badan saya bagaikan penjara," tambah Juan.
Ibu Juan mengatakan sebelum ini, Juan adalah seorang anak yang aktif bersukan tetapi kesihatannya merosot selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika usianya 17 tahun.
Sementara itu, doktor mengesahkan Juan menghidap penyakit diabetes tahap 2, masalah thyroid, hypertension dan kehadiran bendalir di paru-paru.
"Juan memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan rawatan sebelum beliau dibenarkan menjalani pembedahan," kata Dr. José Castañeda.
0 comments:
Post a Comment