Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 11, 2016

DUA SEKAWAN SESAT DI GUNUNG DATUK SELAMAT DITEMUI


Bomba


Rembau – Dua sekawan berusia lingkungan 20an yang dilaporkan sesat di Gunung Datuk, di sini, 7.50 malam tadi berjaya ditemui dengan selamat oleh pasukan penyelamat pada jam 10.10 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Fuad Majid berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan sampai di lokasi pada jam 8.10 malam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang sesat iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan ditemui dalam keadaan selamat dan berjaya dibawa turun ke tapak kaki Gunung Datuk pada jam 10.30 malam.


0 comments:

share2