Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 20, 2016

DEMONTRASI JALANAN TIDAK SELESAI MASALAH


Ahmad Razif Abdul Rahman


Kuala Terengganu - Kumpulan Bersih 5 yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara digesa menghentikan demonstrasi jalanan yang tidak menyelesaikan masalah malah memperjudikan suasana aman damai negara pada ketika ini.

Ketika menyelar tindakan kumpulan itu, beberapa pemimpin negara berkata jika kumpulan itu berhasrat menukar kepimpinan negara, lakukan menerusi pilihan raya.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, "Kita seru yang merah (kumpulan baju merah) atau yang kuning (Bersih 5) agar tidak lagi berhimpun untuk pastikan negara kita terus aman damai.

"Tunggulah pilihan raya. Itu medan utama (untuk membuat perubahan)," katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perjumpaan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri di sini semalam. 

Ahmad Razif berkata, banyak platform lain bagi menyuarakan pandangan mereka dan salah satu cara adalah menerusi para pemimpin dan wakil rakyat untuk membawa segala permasalahan dan pandangan untuk perhatian kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Razif dalam ucapannya mahu barisan JKKK seluruh negeri memainkan peranan penting dalam merealisasikan kemenangan BN dalam PRU14 nanti.

Sehubungan itu JKKK diminta bertindak dengan keadaan luar biasa dan perlu mencabar dari kelaziman termasuk berfikir di luar kotak bagi memastikan kemenangan itu.

Ahmad Razif turut mengumumkan sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada JKKK sebagai persiapan mereka melakukan aktiviti bersama komuniti di kawasan masing-masing tahun depan.


0 comments:

share2