Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 20, 2016

BARANG KEMAS HAMPIR RM1J DIROMPAK


PDRM


Puchong - Sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol memecah masuk dan melarikan lapan dulang barang kemas bernilai hampir RM900,000 dari sebuah kedai emas di sebuah pasaraya di Pusat Bandar Puchong di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi, suspek yang memakai topi keledar bertindak memecahkan ruang rak kaca pameran dan menghempas beberapa kerusi dalam premis.

Difahamkan, empat suspek meluru masuk ke premis dan memecahkan kaca pameran menggunakan tukul besi manakala dua lagi rakan sejenayah mereka menunggu di luar pasar raya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, ketika kejadian hanya pekerja berada dalam premis dan tiada pelanggan.

"Tiada sebarang tembakan dilepaskan dan pekerja yang berada dalam premis juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Jumlah kerugian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

keterangan gambar: Keadaan kedai emas di sebuah pasaraya di Pusat Bandar Puchong selepas dirompak enam lelaki bersenjatakan pistol.


0 comments:

share2