Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 21, 2016

'BERHIMPUN SEMALAM DAPAT APA? KOSONG'


Khairy Jamaluddin


Kuala Lumpur - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa, himpunan Bersih 5 hanyalah sebuah 'pesta' untuk berseronok-seronok.

Ujarnya, ini kerana himpunan yang diadakan tidak mencapai apa-apa kebaikan untuk rakyat, selain hanya untuk mencapai matlamat politik golongan tertentu.

"Himpunan hanya untuk jatuhkan kerajaan, undur orang tertentu, jadi apa yang anda capai? Kosong.

"Tak capai apa apa, berbanding hari ini hasil dapatan kita dalam Konvensyen Anak Muda Bandar 2016, kita bincang soal perumahan, pendidikan ini semua untuk rakyat, tetapi semalam ada mereka bercakap soal ini, " katanya ketika memberi ucapan dalam Konvensyen Anak Muda Bandar 2016 di Institut Latihan Bandar Tun Razak, semalam.

Maka katanya tidak perlulah diadakan himpunan sekiranya hanya beretorik menggunakan nama rakyat, sebaliknya soal kepentingan rakyat dikesampingkan.

"Semalam himpunan hanya menggunakan nama rakyat semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengucapkan syabas kepada kepimpinan Barisan Nasional Wilayah Persekutuan yang berjaya membawa wadah baharu dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

"Tahniah Pemuda, Puteri Wilayah Persekutuan dapat anjurkan program sebegini dengan cemerlang, kerana apa yang kita capai hari ini sangat berbeza dengan himpunan semalam.

"Di sini kita capai nilai politik yang membawa resolusi kepada rakyat," katanya.


0 comments:

share2