Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 13, 2016

AZMIN CUBA KELIRUKAN RAKYAT


Azmin cuba kelirukan rakyat


Lembah Subang – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat cuba mengelirukan rakyat apabila cuba mengaitkan Majlis Raja-Raja dalam isu pelantikan Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, tindakan Azmin mengulas mengenai isu berkenaan di dalam Sidang Dewan Negeri juga turut dipertikai.

“Dalam ucapannya, beliau (Azmin) kata Umno cuba pengaruhi SPR dengan pelantikan Tan Sri Shukry, nasib baik Majlis Raja-Raja tolak cadangan lantikan itu. Kemudian dia kata sebab itulah, rakyat kena sokong Bersih.

“Bagaimana seorang menteri besar bercakap tentang Bersih di dalam dewan negeri? Jelas dia cuba menggunakan Majlis Raja-Raja untuk pengaruhi rakyat untuk sertai Bersih," katanya ketika hadir merasmikan pelancaran program Karnival Geng UPSR Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Subang di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri juga hanya menyatakan cadangan melantik Shukry sebagai Timbalan Pengerusi SPR dan tidak dibincang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Bayangkan betapa beraninya Azmin mengheret nama Majlis Raja-Raja dan berbohong dalam dewan negeri. Waima, jika ada dibincangkan sekalipun, patutkah dia hebohkan? Jika nak berpolitik pun, janganlah sampai mengheret Majlis Raja-Raja,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program Karnival Geng UPSR itu, Noh memuji penganjuran program tersebut yang dilihat sebagai alternatif yang baik untuk mencari dana bagi tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit.

“Saya melihat penganjuran program ini cukup baik ke arah mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum SK Lembah Subang.

“Untuk tahun ini, saya kemukakan cabaran kepada pihak sekolah untuk target sekurang-kurangnya lima pelajar mendapat keputusan 6A dalam UPSR, jika berjaya saya berjanji akan mendapatkan dana untuk bina sebuah dewan terbuka untuk kegunaan sekolah,” katanya dalam ucapan perasmian tersebut.


0 comments:

share2