Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 17, 2016

UNESCO ISYTIHAR ISRAEL SEBAGAI PENJAJAH


israeltank-640x4171.jpeg


Israel menggantung kerjasama dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sehari selepas agensi badan dunia itu meluluskan resolusi untuk mengkritik dasar kejam Zionis.

Berdasarkan resolusi berkenaan, UNESCO mengecam Israel kerana menghalang umat Islam memasuki kawasan Masjid al-Aqsa selain keganasan yang dilakukan oleh polis dan askar rejim.

Selain itu, UNESCO mengisytihar Israel sebagai rejim penjajah kerana melakukan rampasan tanah di wilayah Palestin terutamanya di Tebing Barat.

Resolusi itu yang dikemukakan oleh ALgeria, Mesir, Lebanon, Maghribi, Oman, Qatar dan Sudan diundi pada Khamis lalu dengan mendapat sokongan 24 negara, enam tentangan dan 26 berkecuali.

Estonia, Jerman, Lithuania, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat merupakan negara yang menentang usul tersebut.

Manakala China, Rusia, Mexico, Afrika Selatan dan Pakistan antara negara yang menyokong resolusi terbabit.

“Mesej ini (UNESCO) sangat jelas kepada Israel bahawa mereka perlu menamatkan penjajahan dan mengiktiraf negara Palestin.

“Selain itu rejim Zionis perlu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin yang merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam dan Kristian,” kata Nabil Abu Rudeineh, jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Status Baitulmaqdis merupakan isu paling lama yang cuba diselesaikan sejak berpuluh-puluh tahun lalu ketika Palestin berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.

Al-Aqsa merupakan kawasan ketiga paling suci bagi umat Islam, tetapi pendatang haram Yahudi dan rejim Zionis menguasai kawasan tersebut untuk mencari Kuil Sulaiman.


0 comments:

share2