Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 3, 2016

[LIPIS] TAMPUNG PESAKIT BUAH PINGGANG


Tampung pesakit buah pinggang


Seramai 80 pesakit buah pinggang memerlukan rawatan dialisis di Hospital Lipis pada masa kini dan bilangan tersebut dijangka meningkat.

Pengarah Hospital Lipis, Dr Sarifuddin Saad berkata, terdapat 24 buah mesin rawatan disediakan di pusat hemodialisis hospital itu untuk menampung keperluan pesakit yang perlu menjalani rawatan dialisis.

Menurutnya, pihak hospital kini merancang untuk membina pusat hemodialisis baharu apabila blok sedia ada kini agak sempit dan kurang selesa untuk pesakit yang menjalani rawatan.

“Kita merancang untuk menambah sebuah lagi bangunan baharu dalam fasa tiga pembinaan Hospital Lipis dan kita akan menempatkan unit hemodialisis di bangunan tersebut.

“Usaha ini juga adalah untuk menampung peningkatan bilangan pesakit buah pinggang pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti bagi meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat mengenai penyakit buah pinggang, termasuk ceramah penjagaan buah pinggang, kempen kesedaran derma organ.

“Selain amalan gaya hidup masyarakat yang kurang aktif, ramai tidak membuat saringan kesihatan sehingga keadaan penyakit ‘senyap’ ini tanpa disedari sudah berada di tahap kronik.

“Sekiranya penyakit awal seperti kencing manis dan darah tinggi tidak dirawat dan dipantau dengan baik, maka kita akan menyaksikan peningkatan mangsa penyakit buah pinggang, malah golongan muda juga makin terdedah dengan risiko itu,” katanya.


0 comments:

share2