Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 3, 2016

9 LELAKI DITAHAN KERANA HINA JALUR GEMILANG


PDRM


Putrajaya - Polis menahan sembilan lelaki warga Australia kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang dan direman selama empat hari bermula hari ini.

“Mereka merupakan pelancong yang masuk ke Malaysia untuk menonton perlumbaan F1.

“Siasatan awal mendapati mereka membeli seluar dalam itu di Australia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Aziz berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan.

Beliau berkata mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Gambar sekumpulan lelaki memakai seluar dalam Jalur Gemilang viral di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Pengguna Internet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana perbuatan itu menghina negara.


0 comments:

share2