Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 12, 2016

KULIT KEPALA TERKOYAK GARA-GARA SELFIE


Kulit kepala terkoyak gara-gara selfie


Uttar Pradesh - Tindakan seorang pelajar yang berselfie pada roda buaian berputar berakhir dengan tragedi ngeri selepas rambutnya tersangkut pada alat itu sehingga menyebabkan kulit kepalanya terkoyak.

Insiden ngeri itu berlaku di luar sebuah kolej di Baraut, pekan kecil yang terletak 40km dari utara New Dehli.

Gadis yang dalam lingkungan 16 tahun itu cuba untuk mengambil gambar selfie di sebelah buaian berputar itu.

Malangnya rambutnya tersangkut pada roda buaian itu sehingga mneyebabkan kulit kepalanya terkoyak apabila buaian itu bergerak.

Memetik laporan Mail Online, orang ramai yang berada di tempat kejadian dilihat cuba membantunya.

Gadis itu dilaporkan semakin pulih dan sedang dirawat di hospital.


0 comments:

share2