Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 5, 2016

KES RASUAH SABAH: 30 ANGGOTA SPRM, 15 JAM KIRA RM52 JUTA


Wang RM10 juta yang dirampas SPRM daripada seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, semalam.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan RM52 juta wang tunai dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah.

Suspek dicekup kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan awam dan gambar jutaan wang tunai yang disembunyikan mereka menjadi viral menerusi media sosial tempatan.

Wang berkenaan berjaya ditemui di dalam sebuah rumah dan kenderaan milik salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah ketika satu operasi serbuan SPRM semalam.

Seramai 30 anggota SPRM dikerah untuk mengira keseluruhan jumlah wang tunai berkenaan yang mengambil masa selama 15 jam, sekali gus rampasan yang terbesar dalam sejarah penubuhan SPRM.

“Siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang merupakan ketua kepada suspek kedua ini mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.

“Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama,” katanya yang dipetik Sinar Online.




Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, wang tunai berjumlah RM3 juta yang dirampas sebelum ini hanya sebahagian daripada keseluruhan rampasan.

“RM3 juta sebahagian daripadanya. Sebenarnya ia lebih daripada itu. Saya fikir lebih RM20 juta,” katanya yang dipetik portal mStar Online.

Wang tunai mencecah RM10 juta ditemui di kediaman pegawai kanan yang ditahan SPRM di Sabah semalam.

Mengulas lanjut, Azam berkata, rampasan wang tunai jutaan ringgit itu melibatkan beberapa lokasi seperti di rumah, bank dan pejabat suspek.

“Setiap daripada sasaran yang kita tahan itu, setidak-tidaknya tiga lokasi. Termasuk peti besi, rumah, pejabat dan ada juga melibatkan peti besi di bank,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan.

Kedua-dua pegawai kanan berjawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di jabatan kerajaan itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010.

Memetik sumber, mereka didakwa memonopoli semua projek untuk diserahkan kepada adik-beradik sendiri.

Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.

Dalam pada itu, SPRM akan mendapatkan perintahan tahanan reman terhadap keempat-empat individu terlibat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.


0 comments:

share2