Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 13, 2016

JALAN-JALAN JUMPA BERLIAN 'LUCKY DIAMOND'


Jalan-jalan jumpa berlian 'Lucky Diamond'


Arkansas - Seorang lelaki dan anak perempuannya menemui berlian ketika bersiar-siar di sebuah taman.

Taman tersebut, Diamonds State Park merupakan satu-satunya kawasan pengeluar berlian yang membenarkan orang awam melawatnya.

Kebanyakan pelawat datang membawa baldi, penyodok dan peta tetapi Dan Frederik dan anaknya Lauren hanya mahu berjalan-jalan.

Penemuan Dan dan Lauren dikira bernasib baik untuk pelawat kali pertama di taman seluas 27.5 ekar berkenaan.

Berlian tersebut berwarna putih mutiara dan berbentuk tiga segi, dan Dan menamakan ianya 'Lucky Diamond'.

"Dan Frederick membuktikan adalah tidak mustahil untuk menjumpai berlian ketika berada di taman ini. Berlian berkenaan adalah idaman semua pelawat yang melawat kawasan ini," kata jurucakap taman berkenaan, Betty Coors.

Nilai sebenar berlian yang ditemui Dan masih belum ditentukan dan dijangka membawa pulangan lumayan.


0 comments:

share2