Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 13, 2016

JAIPK: TIADA PERMOHONAN SIJIL HALAL AIS


ais


Ipoh – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) tidak pernah menerima sebarang permohonan sijil halal daripada syarikat pengeluar ais di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, setakat yang dikenal pasti pihaknya tidak menerima permohonan bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, permohonan yang diterima hanya untuk pembersihan air daripada batu-batu dan kuari sahaja.

“Apabila perkara ini diuar-uarkan, adalah lebih baik untuk syarikat berkenaan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya syorkan supaya syarikat-syarikat pengeluar ais ini sensitif dan prihatin dengan kehendak masyarakat yang mementingkan soal halal kerana ia bahan makanan dan akhirnya akan menjadi darah daging,” katanya.

Terdahulu Sinar Harian melalui laporan Sorot Isnin lalu mengetengahkan isu ais kotor yang mana daripada siasatan itu mendapati kebersihan kawasan kilang, bekalan sumber air, mesin dan prosedur pemakaian pekerja tidak dititikberatkan.


0 comments:

share2