Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 12, 2016

GARA-GARA POSTING DI MEDIA SOSIAL


media sosial


Kuching - Polis menahan seorang anggota polis bantuan kerana dikatakan membuat posting dalam media sosial mengenai pergaduhan antara dua kumpulan etnik Indonesia di Simunjan, kira-kira 120 kilometer dari sini.

Lelaki berusia 43 tahun itu mendakwa bahawa insiden pada 9 Oktober di sebuah ladang di Gedong, menyebabkan seorang maut.

Ketua Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar MM Sree Shunmugam berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya lelaki itu, yang berasal dari Kanchong, Gedong telah ditahan untuk disoal.

"Polis ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pergaduhan antara dua kumpulan etnik di ladang tersebut merupakan kes terpencil dan tiada seorang yang maut.

"Seorang lelaki cedera dan dia telah disoal oleh polis...dan polis telah membuat beberapa penangkapan," kata beliau kepada Bernama melalui WhatsApp di sini semalam.

Sementara itu, polis menahan seorang lelaki berhubung tujuh kes rompakan membabitkan hotel-hotel bajet di bandaraya ini sejak awal bulan ini.

Suspek berusia 32 tahun ditahan di sebuah inn di Pusat Komersial Central Park, Rock Road di sini pada jam 12.35 tengah malam.


0 comments:

share2