Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 13, 2016

BUDAK TERMAKAN AYAM DICEMARI ULAT SAMPAH


Budak termakan ayam dicemari ulat sampah


Arkansas - Seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan akibat termakan ayam yang dicemari oleh ulat sampah.

Menurut laporan Arkansas Matters, ibu mangsa memuat naik foto ayam tersebut di Facebook 2 Oktober lepas.

Ibu mangsa juga melaporkan kejadian berkenaan kepada laman Facebook polis tempatan, Helena-West Helena Police.

Ibu mangsa berkata anaknya yang berusia lima tahun mula merasa loya dan muntah-muntah selepas memakan ayam yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.

Beliau kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus rangkaian restoran terbabit pada 5 Oktober namun tiada maklum balas.

Jurucakap perhubungan awam restoran itu, Kasey Mathes akhir mengeluarkan kenyataan berkenaan kejadian tersebut semalam.

"Restoran mengikut prosedur keselamatan dan pengendalian makanan yang ketat dan bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan tempatan dan negeri untuk memastikan keselamatan dan kesihatan tetamu kami," kata kenyataan tersebut.

Restoran itu juga mendakwa Jabatan Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan di restorannya baru-baru ini dan mendapati tiada bukti isu makanan rosak akibat suhu, mahluk perosak atau isu-isu lain.

"Oleh kerana prosedur yang ketat di restoran kami, kami yakin bahawa kejadian tersebut tidak berlaku ketika makanan tersebut masih berada di restoran kami," akhiri kenyataan tersebut.


0 comments:

share2