Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 16, 2016

BEKAS GITARIS KUMPULAN KRISTAL MAUT KEMALANGAN


Bekas gitaris kumpulan Kristal maut kemalangan


Jelebu - Bekas gitaris kumpulan Kristal maut selepas motosikal yang ditunggangi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer (KM) 30 Jalan Kuala Klawang - Genting Peres di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi itu, Hairyfitri Ahmad, 33, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 maut semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Ampang.

Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir Giat MARA berkonvoi dengan tujuh buah motosikal namun tidak sempat untuk bersarapan di Jelebu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan, Othman Basri berkata, berdasarkan kepada siasatan, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta jenis Perodua Viva, Siow Puai San, 26, ketika itu dari arah Kuala Klawang menghala ke Genting Peres.

“Bagaimanapun, apabila sampai di satu selekoh di lokasi kejadian, kereta berkenaan telah langgar oleh Hairyfitri dari arah bertentangan dan mengenai bahagian depan sebelah kanan Perodua Viva itu.

“Berikutan perlanggaran tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya.

Katanya, mangsa yang mendapat kecederaan telah di hantar ke Hospital Ampang oleh kenalannya bagaimanapun, semasa menerima rawatan, doktor telah mengesahkan kematiannya.

“Urusan bedah siasat dijangka akan dijalankan pada petang ini di Unit Forensik Hospital Ampang.

Othman berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


0 comments:

share2