Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 5, 2016

AKUI PERANAN PENGAMAL MEDIA


Akui peranan pengamal media


Jabatan Penerangan Terengganu menyambut baik kerjasama yang diberikan pihak media dalam usaha membuat liputan meluas setiap kali program jabatan berkenaan diadakan.

Pengarahnya, Nasrudin Mahmud berkata, kerjasama yang baik itu memberi kelebihan kepada jabatan berkenaan untuk menguar-uarkan setiap program yang bakal atau sedang dilaksanakan sepanjang tahun.

“Pengamal media di Terengganu sama ada media cetak mahupun elektronik amat komited dalam melaporkan berita mengenai program Jabatan Penerangan Terengganu.

“Kerjasama ini diharap dapat diteruskan sampai bila-bila dan saya sangat menghargai usaha rakan-rakan media yang tidak pernah jemu membuat liputan,” katanya, di sini.

Menurut Nasrudin, peranan media diakui memberi impak positif bukan sahaja kepada jabatan berkenaan, malah orang ramai kerana dalam masa sama, mereka juga boleh mendapat pelbagai maklumat terkini.


0 comments:

share2