Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 15, 2016

AIR PASANG BESAR: RANCANG SEBELUM TURUN KE LAUT


Irmohizam Ibrahim


Kuala Selangor - Golongan nelayan dinasihat agar membuat perancangan terlebih dahulu sebelum turun ke laut berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda mulai esok sehingga Rabu ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, fenomena tersebut diramal membawa angin laut yang kencang dan merbahaya.

"Nelayan yang turun ke laut perlu berjaga-jaga dan mengambil berat soal keselamatan seperti sentiasa memakai jaket keselamatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan persediaan menghadapi fenomena itu di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bekalan ikan adalah mencukupi semasa fenomena berkenaan.

"Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mempunyai bekalan ikan segar sejuk beku sebanyak 20 tan dan ia dilihat cukup untuk menampung permintaan dalam negara selama dua bulan.

"Selain itu juga, Nekmat akan turut mengimport ikan segar dari India, Bangladesh dan Indonesia sekiranya berlaku kekurangan," katanya.

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di persisir pantai barat Semenanjung dengan paras air laut dijangka meningkat sehingga 5.7 meter dan boleh menyebabkan kawasan rendah berisiko dinaiki air.


0 comments:

share2