Pelbagai syarikat telah memperlihatkan konsep kenderaan elektrik mereka. Terkini giliran Mercedes-Benz memperlihatkan perancangan mereka untuk membangunkan sebuah van elektrik yang hadir dengan dron terbina di dalamnya bagi memudahkan penghantaran barang.
Melalui van penghantaran ini, Mercedes-Benz bakal memudahkan penghantaran barangan, terutamanya trend pembelian atas-talian yang sedang meningkat.
Difahamkan, van elektrik ini hadir dengan ruang kargo yang diautomasikan dan diintegrasikan terus ke dron penghantaran.
Sebagai contoh, apabila menghentikan van ini di sesuatu kawasan perumahan, pemandu boleh membuat penghantaran secara manual atau turut menggunakan dua dron terbina untuk penghantaran.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat konsep, dan akan melalui pelbagai fasa sebelum dikeluarkan.
0 comments:
Post a Comment