Aloe Setar - Sebuah tugu Jepun terletak berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim, diibaratkan ikon pelancongan tersembunyi apabila kurang diketahui penduduk tempatan.
Tinjauan mendapati kedudukan tugu di sebelah utara jambatan tersembunyi hingga tidak disedari umum, biarpun ia memiliki kisah sejarah tersendiri.
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf berkata, tugu berkenaan merupakan tanda penghargaan kepada tiga wira Jepun.
Menurutnya, pihaknya mencadangkan tugu Jepun yang memiliki potensi tinggi itu perlu dipelihara dan pulihara semula bagi menarik perhatian pengunjung.
“Cadangan sedemikian bukanlah tanda kita menyanjung tindakan tentera Jepun menawan Bandar Alor Setar ketika itu, sebaliknya ia perlu dinilai dari sudut lain,” katanya.
0 comments:
Post a Comment