Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 15, 2016

SERPIHAN DITEMUI DI TANZANIA SAH MILIK MH370


MH370


Kuala Lumpur - Kementerian Pengangkutan memaklumkan serpihan pesawat yang dijumpai di Tanzania disahkan milik MH370.

Perkara terbabit disahkan selepas penelitian oleh pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Serpihan itu dijumpai di Pulau Pemba, Tanzania pada 20 Jun lalu. Serpihan itu mengandungi angka dan tarikh yang mengesahkan ia milik pesawat 9M-MRO yang dibina pada 23 Januari 2002.


0 comments:

share2