Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 29, 2016

PAKATAN HARAPAN HILANG SELANGOR JIKA TIGA PENJURU


undi


Shah Alam - Pakatan Harapan akan ‘hilang’ Selangor sekiranya terjadinya pertembungan tiga penjuru.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian mengatakan bahawa sekiranya terjadi pertandingan tiga penjuru ini, ia akan memberikan kelebihan kepada BN.

“Jika dilihat, perkara yang sama terjadi ketika Pilihan Raya Kecil, Sungai Besar yang menyaksikan BN menang majoriti ketika itu.

“Mengenai dakwaan akan kehilangan Selangor pula, bergantung pada sejauh mana Pakatan Harapan bersedia untuk mencari jalan penyelesaian dengan Pas,” katanya.

Menurut kajian yang dibuat oleh Amanah, sekiranya persempadanan semua diluluskan dan Pas bersedia mengelak daripada berlakunya pertandingan tiga penjuru, masih ada harapan untuk Selangor diselamatkan dari BN.

Begitu juga sekiranya persempadanan semula ditolak dan Pas masih mahu pertandingan tiga penjuru, Pakatan Harapan masih punyai harapan untuk kekalkan Selangor di bawah kepimpinan mereka.

Namun, Dr Sivamurugan tidak menolak sekira terjadinya pertembungan tiga penjuru ini, kesetiaan pada parti akan teruji.

“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru ini, ia sering kali dikaitkan dengan kesetiaan pada parti.

“Makanya kesetiaan seseorang pada parti mereka akan mula teruji dan seterusnya membawa kepada perkara lain seperti kesan percakaran dalaman intra parti dan juga inter parti,” katanya lagi.

Dalam isu ini juga, beliau juga merasakan harapan untuk memujuk Pas kembali pada Pakatan Harapan juga sukar dilakukan.

“Parti pembangkang harus hormati pendirian dan perjuangan Pas. Contohnya, semasa pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang menyaksikan ada pemimpin pembangkang yang melontarkan perkara yang tidak sepatutnya.

“Seharusnya pembangkang ini menghormati keputusan mereka untuk tidak bersama di dalam Pakatan Harapan.

Menurutnya lagi, sudah tiba masanya Pakatan Harapan berhenti menuding jari kepada pihak lain.

“Pakatan seharusnya berhenti menyalahkan pihak lain sekiranya wujud kelemahan di dalam parti mereka,” katanya lagi.


0 comments:

share2