Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 29, 2016

MH17: MALAYSIA MAHU TINDAKAN TEGAS DIAMBIL


 Najib Tun Razak


Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pasukan siasatan bersama telah membuat kesimpulan bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu buatan Rusia dan tembakan itu dilepaskan dari kawasan yang dikuasai pemberontak.

"Berdasarkan dua dapatan ini, Malaysia mahu tindakan tegas diambil. Kami telah berjanji bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ini akan dibawa ke muka pengadilan," katanya kepada media Malaysia di sini semalam.

"Ini janji kami kepada keluarga. Keluarga mahu keadilan. Maka kami akan mengusahakannya," katanya.

Malaysia, katanya, akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan Belanda dan Australia untuk membincangkan langkah selanjutnya. 

"Kami perlu pastikan bahawa pihak yang bertanggungjawab itu mendapat hukuman setimpal," katanya.

MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.


0 comments:

share2