Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 27, 2016

ORANG RAMAI DIMINTA JADI 'MATA DAN TELINGA' AADK


AADK


Jasin - Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia, Datuk Dr Abd Halim Husin hari ini meminta orang ramai menjadi 'mata dan telinga' badan itu dalam memerangi masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata semua pihak perlu berganding bahu menangani isu berkaitan

penyalahgunaan dadah yang menurut beliau kini semakin membimbangkan.

"Masyarakat juga harus berani menegur penagih dadah supaya mereka tahu mereka sedang diperhatikan.

"Ini secara tidak langsung memberi amaran kepada mereka bahawa tiada tempat atau port untuk mereka jadikan sebagai sarang penagihan terutamanya di dalam komuniti masyarakat setempat," katanya.

Abd Halim bercakap pada sidang akhbar selepas lawatan kerja sempena Kem Pintar Perdana Melaka dekat Sungai Rambai di sini.

Beliau berkata selain operasi berterusan, AADK turut melaksanakan strategi "omni presence" untuk memberi amaran kepada mereka yang ingin terlibat dengan penyalahgunaan dadah bahawa ada orang yang sedang memerhatikan.

Abd Halim berkata AADK juga membantu penagih-penagih dadah yang telah pulih dari masalah ketagihan untuk kembali bekerja.

Seramai 105 pelajar dari 20 sekolah rendah sekitar Jasin dan Melaka Tengah menyertai Kem Pintar Perdana Melaka selama empat hari itu yang bermula semalam.


0 comments:

share2