Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 13, 2015

KWSP SAHKAN TIADA KOMITMEN DENGAN TRX

Tun Razak Exchange TRX



KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengesahkan bahawa tiada komitmen pelaburan dibuat dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX).

"KWAP terus meninjau pelaburan dalam hartanah domestik yang memenuhi mandat dana untuk memberikan pulangan berterusan dalam jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut dana itu lagi, semua pelaburan perlu memenuhi pulangan pelaburan minimum KWAP dan parameter risiko sebagaimana yang ditentukan oleh lembaganya. 

"Kami mengkaji peluang pelaburan di TRX sebagaimana yang dilakukan dengan mana-mana pelaburan hartanah lain dan keputusan untuk menilai projek itu secara komersial adalah berdasarkan lokasi strategik utama sebagai kawasan kewangan Kuala Lumpur akan datang. 

"Pada ketika ini, tiada keputusan pelaburan muktamad telah dibuat ke atas projek itu," tambahnya.





0 comments:

share2