Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 19, 2016

LETUPAN GEGAR NEW YORK


Letupan gegar New York


New York - Satu kejadian letupan menggegar kawasan kejiranan Chelsea di Manhattan, malam kelmarin mencederakan kira-kira 29 mangsa.

Susulan itu, pihak berkuasa memaklumkan ia sedang menyiasat insiden itu sebagai perbuatan jenayah namun tidak segera mengaitkannya dengan sebarang pertubuhan pengganas.

Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dan beberapa pegawai perbandaran lain berkata, punca kejadian itu masih tidak jelas.

"Letupan di 23rd Street dan 6th Avenue pada jam 8.30 malam(waktu tempatan) itu adalah tindakan disengajakan.

"Hasil maklumat awal mendapati tiada bukti menunjukkan ia ada kaitan dengan kejadian keganasan. Selain itu, tiada ancaman serangan khusus diterima daripada mana-mana pertubuhan pengganas ke atas New York pada masa ini," jelasnya dalam satu sidang media.

Selain itu, de Blasio juga menegaskan ia tiada kaitan dengan letupan bom paip di New Jersey.


0 comments:

share2