Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 2, 2016

[KUANTAN] PERTANDINGAN CIPTA INFOGRAFIK DAN KLIP VIDEO MERDEKA 2016



Satu pertandingan mencipta Infografik dan Klip Video Pendek Merdeka 2016 Peringkat Negeri Pahang sedang diadakan. Pertandingan ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama 'PahangKu Media', Jabatan Penerangan Negeri Pahang, SKMM, RTM dan JASA Negeri Pahang.

Berikut adalah keterangan dan syarat-syarat pertandingan:


PENGENALAN:

‘Pertandingan mencipta Infografik dan Klip Video Merdeka 2016’ adalah satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk kreatif bermaklumat. Tema pertandingan adalah ‘Sehati Sejiwa’.

Objektif pertandingan adalah:

1. Memupuk minat dan kreativiti dikalangan rakyat dalam mempromosi perpaduan, semangat kemerdekaan dan semangat 1Malaysia melalui media sosial.

2. Mencetus keterujaan dikalangan rakyat terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif.

3. Mendidik semua tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan kemerdekaan terhadap kemajuan Negara.

MAKLUMAT PERTANDINGAN:

1. Pertandingan bermula dari 25 Ogos 2016., dan tarikh tutup pada 12 September 2016.

2. Pertandingan adalah secara individu dan berlatarbelakang sambutan perayaan bulan kemerdekaan.

3. Penyertaan hendaklah dimuat-naik ke akaun ‘facebook’ antara 25 Ogos hinga selewat-lewatnya pada 12 September 2016 jam 11.59 malam.

4. Setiap penyertaan hendaklah memastikan tiada sekatan (privicy) di facebook dengan menjadikan kandungan tersebut “open to public”.

5. Penilaian akan dilakukan berdasarkan kepada keasliaan, teknik, kreativiti dan keupayaan menyampaikan masej secara kreatif. 

SYARAT PENYERTAAN:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berasal atau tinggal menetap di Negeri Pahang.

2. Penyertaan adalah secara individu dan berlatarbelakang sambutan perayaan bulan kemerdekaan.

3. Penyertaan adalah secara percuma

4. Setiap individu boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

5. Penyertaan hendaklah dimuat-naik ke akaun ‘facebook’ masing-masing bermula 25 Ogos hingga selewat-lewatnya pada 12 September 2016 jam 11.59 malam. 

6. Penyertaan yang dimuat-naik lewat dari masa yang ditetapkan tidak akan diterima.

7. Produksi hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dalam suasana sambutan kemerdekaan dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

8. Produksi mestilah karya asli peserta dan tidak pernah disiarkan dan menyertai mana-mana pertandingan sebelum ini.

9. Peserta hendaklah menggunakan (#) HASTAG: #PahangKu #PahangKuMedia #SehatiSejiwa #Merdeka2016 bagi setiap penyertaan.

10. Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi dan perisian bagi kerja-kerja suntingan.

11. Kandungan Infografik dan klip video pendek hendaklah dalam bahasa Melayu.

12. Infografik mestilah tidak melebihi 20 patah perkataan sahaja. 

13. Penyertaan bagi infografik adalah bersaiz bebas asalkan jelas dan terang.

14. Setiap infografik mestilah disertakan logo dan tema Hari Kebangsaan 2016 di mana-mana sudut grafik berkenaan. 

15. Penyertaan bagi klip video hendaklah berdurasi diantara 1 - 2 minit (60 hingga 120 saat). 

16. Setiap penyertaan klip video pendek hendaklah disertakan logo dan tema Hari Kebangsaan 2016 di akhir klip video tersebut, Hak cipta produksi adalah hak milik peserta, bagaimanapun pihak penganjur atau mana-mana pihak yang dilantik oleh penganjur berhak menggunakan dan menyiarkan produksi tersebut pada bila-bila masa diperlukan.

17. Penganjur atau mana-mana pihak yang dilantiknya berhak melakukan suntingan semula terhadap infografik dan klip video bagi apa-apa tujuan.

18. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan (termasuk copyright) berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak

19. Penganjur tidak akan bertanggungjawab menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh peserta.

20. Keputusan panel juri adalah muktamat dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

21. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya karya tidak asli/diciplak.

HADIAH:

Hadiah-hadiah bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Hadiah Pertama: RM3,000.00

Hadiah Ke-2: RM2,000.00

Hadiah Ke-3: RM1,000.00

7 Hadiah Saguhati RM300.00 (Setiap Satu)

Para 10 peserta terbaik akan diumumkan pada sambutan Hari Malaysia dan juga dihubungi melalui (messenger) akaun facebook masing-masing. Pemenang akan diumukan dalam satu Majlis yang bakal diadakan selepas sambutan Hari Malaysia Tetamu kehormat pada Majlis tersebut adalah YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang.

PERTANYAAN: 

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi;

Sekretariat 
Pertandingan Infografik dan Klip Video Pendek Merdeka 2016

En. Mazli Haji Hamdan - 019-3925726 (JaPen Pahang)
En. Abd Azam Abd Rahman - 019-9657388 (Pahangku Media)
EN.Mohd Zamri Kames - 019-9196803 (Jasa)
En. Mohd Amir Rul Ikhwan Mohd Yanun - 013-2563616 (JaPen Pahang)

(Akaun facebook Sekretariat)


0 comments:

share2