Kesal dengan tindakan individu mengeluarkan kenyataan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kepimpinan tertinggi jabatan itu, seramai 20 ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Kuantan tampil membuat laporan polis, di sini semalam.
Setiausahanya, Rafaie Abdul Kadir, 60, berkata, laporan polis dibuat bagi mendesak supaya satu siasatan terperinci dan tindakan tegas ke atas individu terbabit.
“Lelaki tersebut dengan berani hina warga PDRM dengan mengungkapkan beberapa ayat mengutuk, sekali gus berbaur fitnah.
“Antara ayatnya berbunyi polis jangan tidur, jangan dengar suara rakyat, SB jadi barua pembangkang, polis nak tunjuk hero dan polis menjadi pengkhianat kepada parti,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kuantan, di sini semalam.
Menurutnya, video klip yang disiarkan dalam sebuah portal berita berdurasi kira-kita 1.23 minit itu dilihatnya dalam aplikasi, WhatsApp.
“Pihak kami menyerahkan segala maklumat lengkap berkaitan perkara tersebut. Kami juga telah mengenal pasti individu terbabit.
“Individu itu secara terbuka dan biadab menjatuhkan imej pasukan polis yang dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan negara....jelas mereka langsung tak hargai pengorbanan polis selama ini.
“Justeru, kita pohon tindakan tegas dan tanpa kompromi diambil kepada mereka yang terbabit untuk tujuan memberi pengajaran, bukan sahaja kepadanya malah masyarakat lain supaya lebih memahami tugas polis,” katanya.
0 comments:
Post a Comment