Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 23, 2016

[JENGKA] FELDA BADAN PEMBANGUNAN TANAH PALING BERJAYA




Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diiktiraf sebagai badan pembangunan tanah paling berjaya di dunia yang tidak dapat disaingi oleh badan pembangunan tanah di negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun banyak negara luar seperti Afrika cuba mengguna pakai dan mencontohi modul pembangunan Felda yang diasaskan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein sejak 60 tahun lalu, namun ia tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya.

"Apabila ketua kerajaan mereka datang di Malaysia, kita bawa melawat ke tanah rancangan Felda dan mereka kagum dan berhasrat untuk membawanya pulang ke negara masing-masing. Kita sendiri hantar rombongan Felda untuk membantu.

"Bagaimanapun ia tidak menjadi kerana kerajaan mereka tidak mampu untuk melaksanakannya melainkan kita di Malaysia yang berani dan dapat membangunkan Felda sehingga berjaya dan dikenali di peringkat antarabangsa," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Peneroka Felda 2016 Peringkat Kebangsaan di perkarangan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini hari ini yang bertemakan 'Mensyukuri Nikmat, Kebersamaan dan Kebersatuan'.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Menurut Najib, walaupun Felda telah mengecapi pelbagai kejayaan sejak penubuhannya itu, namun sebagai pewaris kepada legasi ayahandanya Tun Razak, beliau masih belum berpuas hati dan sentiasa berusaha untuk melakukan lebih banyak penambahbaikan.

"Saya nak lepaskan Felda cukup susah, patut saya tidak pegang Felda, tetapi kerana Felda telah sebati dengan saya dan keluarga, maka saya tetap bersama-sama untuk beri sokongan dan bantuan supaya Felda akan terus berjaya, dapat lebih banyak keselesaan," katanya.

Untuk itu, Najib berkata sebagai langkah tranformasi, kerajaan bercadang melakukan penambahbaikan terhadap tadbir urus Felda dan hal itu akan dibincangkan dengan lebih teliti dalam 'Makmal Pemantapan Felda' yang rumusannya akan diumumkan tidak lama lagi. 

"Saya dengar di hujung telinga, ada sok sek orang buat memorandum, ada yang dah jumpa saya kata (Felda) dah ambil buah tetapi bayar lambat, buat rumah tetapi mahal, kutip buah masih bersepah, penyata tak lengkap dan lambat keluar, saya dengar semua ini.


0 comments:

share2