Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 7, 2016

FARMASI ALPRO ANJUR KEMPEN PRODUK TULEN


Farmasi Alpro anjur kempen produk tulen


Farmasi Alpro melancarkan kempen Jaminan Insurans RM1 juta bagi produk perubatan tulen yang pertama di di Malaysia dalam usaha meningkatkan keyakinan pengguna.

Dalam satu kenyataan, Farmasi Alpro telah diiktiraf sebagai sebuah farmasi yang hanya menawarkan 100 peratus produk tulen dan perlu melalui proses terperinci serta rumit, di mana penilaian produk telah dijalankan dan disahkan oleh pihak berwajib.

"Prinsip Farmasi Alpro adalah penekanan berkaitan isu keselamatan perubatan yang sering diabaikan oleh masyarakat, termasuk pengambilan ubat yang tulen, cara pengambilan yang betul, bilangan dos tepat, masa pengambilan yang betul, pesakit yang betul dan sumber ubat-ubatan yang dipercayai," katanya.

Menurutnya, apa yang paling membimbangkan adalah untuk mendapatkan sumber perubatan yang tulen.

Katanya, bilangan ubat palsu dan ubat import yang tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semakin berleluasa lebih-lebih lagi yang boleh didapati dengan mudah di laman web.

"Pihak kami berusaha untuk memupuk kesedaran orang ramai melalui beberapa siri kempen bagi mendapatkan ubat-ubatan atau makanan kesihatan daripada sumber yang diiktiraf oleh pihak kerajaan seperti farmasi," katanya.

Sementara itu, bagi memastikan setiap masyarakat dapat menikmati perkhidmatan profesional ditawarkan Farmasi Alpro, pihaknya merancang untuk mewujudkan sebanyak 10 cawangan baharu tahun ini dan sekurang-kurangnya 15 lagi cawangan pada 2017.

Selain itu, syarikat itu juga akan menganjurkan Jualan Gudang di S2 Club yang berlokasi di Seremban 2 dan pameran Hari Farmasi Sedunia 2016 pada 9 hingga 12 September tahun ini.

Farmasi Alpro yang beroperasi di Port Dickson pada awalnya, kini telah mempunyai 36 rangkaian di seluruh negara.


0 comments:

share2