Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 5, 2016

EMPAT DITAHAN KERANA EKSPLOITASI WANITA, KANAK-KANAK


Pemerdagangan manusia


Kuala Lumpur - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini menahan empat individu kerana disyaki terlibat dengan sindiket mengeksploitasi wanita dan kanak-kanak warga asing sebagai pengemis di Petaling Jaya, dekat sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitter beliau berkata mereka yang terdiri daripada seorang pemandu teksi dan tiga penjaga kanak-kanak itu.

Berikutan itu, katanya polis dapat menyelamatkan 17 individu warga asing termasuk empat kanak-kanak dan dua bayi yang menjadi mangsa sindiket itu.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada Unit AntiPemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (Unit Atip) PDRM kerana berjaya mengekang kegiatan itu.

"Syabas Unit Atip @PDRMsia selamatkan 17 orang asing dipaksa kerja (11 dewasa, empat kanak-kanak dan dua bayi) di Petaling Jaya. Tangkap empat orang penjaga dan pemandu Teksi. #GoPDRMGo

"17 warga asing tadi adalah mangsa sindiket exploitasi wanita, kanak-kanak dan bayi sebagai pengemis," katanya.


0 comments:

share2