Kuala Lumpur - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas 301 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sejak April lepas.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khalid Zakaria dalam kenyataannya berkata, rampasan itu dibuat melalui 15 siri operasi melibatkan 17 kawasan PA dan PPR DBKL kerana kesalahan dibiarkan kosong dan penghuni tidak sah atau sewa atas sewa.
Katanya DBKL mengambil tindakan tegas itu setelah mengenal pasti 615 kes melibatkan pelbagai kesalahan melalui operasi bersepadu bersama polis, Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
"Selain merampas rumah terbabit, kami juga menahan 10 penghuni warga asing selain 34 penagih yang kemudian dirujuk kepada AADK untuk tindakan lanjut," katanya.
Khalid berkata, operasi itu dilaksanakan bagi mengesan pelanggaran syarat perjanjian oleh penyewa selain membersihkan kawasan perumahan milik DBKL daripada gejala tidak sihat.
0 comments:
Post a Comment