Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 7, 2016

BUDAK KECIL TAK GENTAR PEROMPAK BERKAPAK


SARAH berdiri di antara pekerja ayahnya dan perompak sebelum membawa kakitangan lain ke tempat selamat. - MailOnline


AUCKLAND – Seorang budak perempuan berusia enam tahun digelar kanak-kanak paling berani di New Zealand selepas tindakan beraninya berdepan perompak bersenjatakan kapak di kedai bapanya dan membawa pekerja ke tempat selamat.

Dalam kejadian petang Isnin lalu, kedai elektronik milik Suhail Patel diceroboh enam perompak yang turut mengancam kakitangan dengan menggunakan kapak.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anak Patel, Sarah lari dan terjatuh sebelum meluru ke arah perompak memegang kapak yang sedang mengancam seorang kakitangan.

Lelaki terbabit yang nyata terkejut terpaku dan Sarah mengambil peluang itu untuk berlari serta menarik pekerja lain keluar dari premis itu.

Ketika ditemu ramah stesen TVNZ, Patel berkata, dia amat bangga dengan Sarah.

“Dia sungguh berani. Memang saya sangat bangga dengannya.

“Mungkin dia menyangka mereka mahu memukul pekerja terbabit dan berusaha membantunya.

“Sebenarnya kami tidak tahu peranannya sehingga melihat rakaman CCTV,” katanya.

Katanya, Sarah masih terkejut dengan kejadian itu tetapi semakin pulih.

Perompak terbabit kemudian melarikan diri menaiki kereta, tetapi lima yang semuanya berusia 16 tahun berjaya ditahan.


0 comments:

share2