Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 17, 2017

PAHANG NAFI MCKIP PINGGIR RAKYAT TEMPATAN




Kerajaan negeri Pahang menafikan bahawa projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang telah berjaya mengumpulkan nilai pelaburan RM19 billion sehingga akhir tahun lalu meminggirkan penduduk setempat termasuk tawaran peluang pekerjaan.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata dakwaan mengatakan pemohon kerja wajib mengetahui bahasa Mandarin adalah tidak benar tetapi sebaliknya sebagai syarat tambahan yang memberi kelebihan kepada pemohon.

Beliau mengakui memang terdapat ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan warga China di MCKIP dan sudah tentu syarikat di situ memerlukan orang tempatan yang memiliki kelebihan bahasa mereka untuk menjadi orang tengah atau penghubung.

“Setelah disemak rupanya ia hanya syarat tambahan dan orang Melayu, India dan Cina boleh memohon kerja di tempat berkenaan, jika tahu bahasa Mandarin sebagai satu kelebihan...bukan wajib,” katanya ketika mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa projek berkenaan gagal memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Literasi Statistik Bersama Komuniti ‘MyCencus 2020’ Teras Masa Depan Negara anjuran Jabatan Perangkaan Negara, di sini semalam.

Adnan, bagaimanapun, berkata kerajaan negeri akan menyiasat dakwaaan laporan berkenaan dan akan memanggil pihak yang berkenaan untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang perkara tersebut semasa mesyuarat mingguan Exco negeri minggu depan.


0 comments:

share2