Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 24, 2016

BUANG KERJA KALAU BELI IPHONE 7


Buang kerja kalau beli iPhone 7


Henan - Sebuah syarikat di China mengumumkan polisi baharu di mana mereka akan memecat kakitangan yang membeli telefon pintar iPhone 7 atau iPhone 7 Plus.‎

Syarikat yang terletak di Nanyang City mengeluarkan amaran itu dalam notis rasmi yang ditandatangani oleh jabatan pentadbiran syarikat merayu kepada mereka untuk menyokong produk buatan sendiri, dan memboikot barangan Amerika Syarikat dan Jepun.

"Jika anda mempunyai begitu banyak wang untuk membeli telefon Apple yang baru, adalah lebih baik menghabiskan wang anda untuk memberi manfaat kepada kesihatan ibu bapa dan anak-anak anda. Bekerjalah, bukan untuk barangan mewah itu."

Notis itu telah menimbulkan perdebatan yang luas dalam talian selepas ia disiarkan di media sosial China.

Ada yang berkata, tindakan syarikat itu sebagai patriotisme, manakala ada yang berkata tindakan itu tidak sah kerana ia melanggar undang-undang buruh China.

Sementara itu, kerani pejabat itu yang hanya dikenali sebagai Liu menjelaskan, tujuan notis itu adalah untuk menyeru semua kakitangan untuk memberi perhatian yang lebih kepada keluarga bukanya lebih kepada keperluan material.

"Bagi mereka yang telah membeli iPhone 7, saya rasa syarikat tidak akan memecat mereka," kata Liu


0 comments:

share2