Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 17, 2016

BANTAHAN SEMAKAN SEMULA SPR KAWASAN N25 KUALA SENTUL





1.Behubung dengan Cadangan Semakan Semula Bahagian Pilihanraya Negeri Pahang oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi kawasan N25 DUN Kuala Sentul.

2.Justeru itu seluruh Kepimpinan 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK dalam DUN Kuala Sentul telah berbincang dan mencapai kata sepakat membuat keputusan untuk membantah dan menolak cadangan SPR berhubungkait Cadangan Semakan Semula Bahagian Pilihanraya Negeri Pahang 2016 untuk kawasan N25 DUN Kuala Sentul sepertimana yang telah dipamerkan kepada umum.

3. Bagi 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK dalam DUN Kuala Sentul telah mengambil keputusan bersama untuk tidak bersetuju dengan cadangan SPR berhubung kait persempadanan semula kawasan N25 DUN Kuala Sentul sepertimana yang terkandung dalam dokumen awam yang dikeluarkan oleh SPR. Susulan dari keputusan bersama, bantahan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan kepada SPR.

4. Bagi tujuan di atas satu Jawatankuasa Bertindak Membantah Cadangan Bahagian Pilihanraya Negeri Pahang 2016 bagi Kawasan N25 DUN Kuala Sentul telah ditubuhkan.

5. Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kepimpinan 22 Cawangan UMNO DUN Kuala Sentul dan 9 JKKK serta penduduk yang menjadi pengundi di dalam DUN Kuala Sentul yang berhak membuat bantahan dan ianya selaras dengan Seksyen 5 (C),Bahagian II ,Jadual Ketiga Belas,Perlembagaan Persekutuan.



Kepimpinan 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK dalam DUN Kuala Sentul juga pada waktu yang sama ingin menyatakan pendirian berhubung kenyataan YAB MB Pahang DSDR Adnan Hj Yaakob ingin menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam PRU ke 14.

1.Kepimpinan 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK dalam DUN Kuala Sentul menyatakan ikrar dan taat setia kepada pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak,yang dibantu oleh YAB DSDR MB Pahang DSDR Hj Adnan Hj Yaakob.

2.Bagi Negeri Pahang,kepimpinan YAB MB Pahang masih diperlukan untuk menerajui kepimpinan negeri Pahang dan seterusnya menerajui jentera pilihanraya dalam PRU ke 14 nanti.

3.Kami yakin gandingan YAB DS Mohd Najib Tun Razak dan YAB DSDR MB Pahang Adnan Hj Yaakob adalah gandingan yang terbaik untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional Negeri Pahang dalam PRU ke 14 nanti.

4.Dengan ini kami kepimpinan 22 Cawangan UMNO dan 9 JKK didalam DUN Kuala Sentul mendesak agar YAB MB Pahang memberikan pertimbangan semula hasrat beliau untuk tidak lagi bertanding dalam PRU ke 14.



22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK DUN Kuala Sentul

16hb Sept 2016

0 comments:

share2