Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 24, 2016

BAJET 2017: NAJIB TELITI 8,352 CADANGAN RAKYAT


Bajet 2017


Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan orang ramai berhubung Bajet 2017.

Daripada 8,352 cadangan yang telah dikemukakan di bajet2017.najibrazak.com itu, terdapat lima kategori (daripada 15 kategori) menerima jumlah cadangan paling banyak.

"Lima kategori iaitu Pekerjaan; Pendidikan; Pengangkutan Awam & Infrastruktur; Percukaian, Perniagaan & Kewangan; serta Perumahan & Kehidupan Bandar menerima paling banyak jumlah cadangan.

"Saya akan membaca dan meneliti setiap satu cadangan ini tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua yang menyumbang," kata Najib menerusi catatan di laman Facebook rasminya semalam.

Laman itu mula membuka peluang untuk orang ramai mengemukakan cadangan berkaitan Bajet 2017 sejak 5 Sept hingga Rabu lepas.

Antara kategori lain yang terdapat di laman cadangan Bajet 2017 itu ialah Budaya dan Pelancongan; Alam Sekitar dan Pertanian; Kemudahan Awam; Kebajikan Sosial, orang kurang upaya (OKU) dan Kurang Bernasib Baik; Belia dan Sukan; Keselamatan Awam dan Ketelusan; Pembangunan Ekonomi; Pembangunan Desa; Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan; dan Kos Sara Hidup.

Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.


0 comments:

share2