Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 18, 2016

ATLET PARALIMPIK MAUT NAHAS KETIKA BERTANDING


2012 London Paralympics - Day 2 - Cycling - Track


Atlet lumba basikal Paralimpik Iran, Bahman Golbarnezhad meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan ketika sedang bertarung di Paralimpik Rio, semalam.

Bahman; 48, dilaporkan hilang kawalan ketika sedang melalui laluan menurun bukit sebelum dia dirawat dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di dalam ambulans akibat kegagalan jantung berfungsi.

Persatuan Paralimpik Antarabangsa telah mengesahkan satu kertas siasatan berhubung insiden itu telah dijalankan bagi menyiasat bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

Bendera negara Iran telah dikibarkan separa tiang di Perkampungan Paralimpik dan majlis bertafakur untuk Bahman akan dijalankan pada majlis penutup Paralimpik, hari ini.

Paralimpik Rio 2016 merupakan kemunculan keduanya selepas Paralimpik London 2012.

Bahman mula aktif dalam sukan lumba basikal sejak 14 tahun lalu.


0 comments:

share2