Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 22, 2016

2 WAKIL RAKYAT PKR SABAH SERTAI PARTI SHAFIE APDAL


2 Wakil Rakyat PKR Sabah Sertai Parti Shafie Apdal


Kota Kinabalu – Lain ditembak, lain pula kena… Bukan satu tapi dua wakil rakyat PKR di Sabah keluar parti untuk menyertai parti lama berwajah baharu berketuakan Datuk Seri Shafie Afdal.

Salah seorangnya ialah wakil tunggal PKR di Sabah iaitu Ahli Parlimen Penampang, Ignitius Darell Leiking (gambar atas, kanan) dan ADUN PKR Moyog, Terrence Siambun, menurut portal berita tempatan AgendaDaily.

Ini bermakna PKR kini hanya memiliki 28 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) dipecat pada 2014. Di peringkat DUN Sabah pula, PKR kini hanya tinggal enam wakil.

Menurut Leiking beliau mengambil keputusan keluar daripada PKR untuk menyertai Shafie yang memutuskan tidak akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai presiden penajanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah meninggalkan PKR baru-baru ini, tetapi tidak mengumumkannya kerana saya tidak suka menghebohkan hal tersebut.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan memberi sebab berbuat demikian.

“Beliau menghormati keputusan ini, begitu juga dengan saya,” kata Leking.

Ahli Parlimen dari Sabah itu berkata, beliau turut memaklumkan tentang peletakan jawatan tersebut kepada beberapa pemimpin kanan PKR.

Leiking menjelaskan, beliau akan bekerjasama dengan Shafie dan beberapa pemimpin pembangkang Sabah yang lain.

“Pendirian kami tidak akan berubah iaitu untuk menyelamatkan Sabah.

“Kami akan menggunakan segala kekuatan. Kami tidak berhasrat untuk menentang pembangkang.

“Matlamat kami masih sama. Kami mahu perjanjian baharu dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia,” ujar beliau sambil menambah parti Shafie tidak akan menerajui Parti Usno Baru tetapi sebuah parti berasaskan pelbagai kaum di Sabah.

Leiking turut menyertai Shafie ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pada Khamis untuk membincangkan hal berkenaan pucuk kepimpinan parti baharu itu.

Turut hadir bersama mereka, ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong yang juga keluar dari UMNO.

Dalam perkembangan sama, The Star melaporkan ADUN Moyog, Terrence Siambun dijangka mengikut jejak langkah Leiking untuk keluar dari PKR, sekali gus memberi tamparan hebat kepada parti pembangkan itu.

Siambun dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatan beliau kepada parti.

Siambun memaklumkan beliau akan membuat pengumuman pada waktu yang sesuai.


0 comments:

share2