Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 21, 2016

PEMIMPUN UMNO JERANTUT TERLIBAT GULING PRESIDEN KERANA TIADA TINDAKAN ?



Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut terlibat dalam usaha mengulingkan Presiden UMNO ini topik hangat lebih 22,000 ahli UMNO Jerantut kerana tiada tindakan memecat beberapa ahli UMNO yang telah melakukan kerja subversive menjatuhkan Presiden UMNO lebih setahun lalu dan yang terbaru membawa kepimpinan Parti Bersatu Pribumi Malaysia-BERSATU (yang masih belum mendapat kelulusan ROS) ke bandar Jerantut malam tadi.

Lebih dikesali Biro Politik dan Biro Penerangan gagal bertindak melaporkan kegiatan subversive kepada Lembaga Disiplin Parti dan pucuk pimpinan. Ini menimbulkan persoalan kepada ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini. Lebih malang ahli-ahli UMNO yang melakukan kerja subversive ini turut menjadi perwakilan.

Tetapi tiada tindakan diambil oleh Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut hinggalah acara kemuncak malam tadi di bandar Jerantut berhimpunnya pemimpin-pemimpin besar BERSATU malah Presiden Bersatu turut turun padang ke Jerantut sebagai road show yang pertama parti BERSATU di Malaysia!

Tahniah dan syabas kepada Portal Pahangku yang telah sejak awal tahun lagi telah memecat dan menyenaraihitamkan beberapa ahli UMNO Jerantut ini yang terlibat dengan kegiatan subversive menjatuhkan Presiden UMNO dengan menyisihkan mereka.

Tetapi apa tindakan Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut? Apa tindakan Biro Politik? Apa tindakan Biro Penerangan?

Perbuatan beberapa ahli UMNO yang menjadi pengerak dan membawa Pimpinan BERSATU sangat memalukan dan menjatuhkan maruah 22,000 ahli UMNO Bahagian Jerantut dan penyokong-penyokong kuat BN dan UMNO di Jerantut.

Tetapi Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut tidak merasa malu dan tidak merasa apa-apa serta buat tidak tahu. Tiada tindakan! Samada mahu buat program-program melibatkan kepimpinan sayap dan Felda sebagai contoh.

Adakah Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut terlibat mengulingkan Presiden parti dengan tiada tindakan dan perbuatan merelakan?

Pimpinan BERSATU berjaya melakukan perang psikologi malam tadi di bandar Jerantut dengan mewar-warkan:

Kita berada dalam situasi krisis keyakinan, waktu mana kepimpinan negara hari ini gagal menguruskan dengan baik.

Membuang dan tidak lagi menempatkan politik perkauman pada negara kita.

Apa dah jadi kepada Malaysia? Kenapa masalah ini tidak boleh selesai sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kalau macam ini cara Pimpinan UMNO Bahagian Jerantut lambat bertindak dan tidak proaktif membendung kegiatan pembangkang PRU 14 nanti parlimen Jerantut akan tumbang dengan lebih besar negatif majoriti!

WZWH mahu mencadangkan kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi UMNO bahawa beberapa ahli UMNO yang terlibat dan bersekongkol dengan membawa himpunan Pimpinan BERSATU dan PAN ini ke bandar Jerantut malam tadi DIPECAT ahli UMNO dengan kadar segera!




0 comments:

share2