Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 22, 2016

INSAN NAIF, PERLUKAN TUNJUK AJAR


Insan naif, perlukan tunjuk ajar


Kami bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk menjalankan kursus 'job coach' kepada majikan yang akan mengambil pelajar-pelajar OKU bekerja.

Kursus itu bertujuan memberikan garis panduan mengendalikan bakal pekerja OKU.

Ia pendekatan yang baik dan memberi gambaran sebenar apa yang dapat dijangka ketika menghadapi masalah pekerja begini supaya majikan dapat bersedia.

Begitu juga 'M' yang telah bekerja di Bukit Gambang Resort City dan melepasi segala cabaran sebagai seorang pekerja.

Dia pekerja yang baik namun pada suatu hari, saya berjumpa dengan 'M' yang tidak lagi bekerja.

“Saya lari Master, malu nak cerita”, “kena bercerita kalau nak saya bantu”.

Panjang ceritanya, 'M' seperti anak remaja lain, masuk ke alam dewasa, berdikari dan belum bersedia sepenuhnya.

'M' ditangkap di dalam bilik air, berdua-duaan dengan pasangannya tetapi tidak melakukan perkara 'terlampau'.

Oleh kerana malu, dia lari. Saya mengaturkan sesi kaunseling dan selepas dua minggu, dia sambung semula bekerja seperti biasa.

Tetapi yang saya ingat kata-kata 'M', kalau orang lain boleh buat kenapa tidak saya? Sungguh naif dan menunjukkan betapa mereka masih memerlukan tunjuk ajar daripada semua.

“Master handsome lah hari ini!” kata-kata 'A', seorang pelajar perempuan yang tidak kerap pulang ke kampung kerana gembira dengan tempat dia belajar dan persekitarannya.

Ungkapan setiap kali bertemu untuk memulakan perbualan, seorang yang ramah dan pandai mengambil hati.

'A' ingin mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar untuk membantu keluarga, terutama ibunya dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Jika 'S' mula-mula datang ke kolej memakai hanya sehelai seluar berulang kali kerana tidak mampu untuk membeli, kami berpakat bersama membeli beberapa helai seluar dan memberikannya kepada 'S' sehingga kini sangat gembira dan berterima-kasih.

Dia bekerja sambil mengumpul duit untuk membayar tambang ibunya untuk datang melawat.

Saya berharap program yang ditaja Kementerian Pendidikan ini dapat diteruskan kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk untuk diteruskan disebabkan kekangan peruntukan.

Bagi anak Malaysia, golongan pendidikan khas ini jangan dilupakan.


0 comments:

share2