Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 26, 2016

ANAK UGUT RODOK PERUT IBU


mahkamah


Kuala Lumpur - Seorang pekerja kontrak yang mengugut untuk merodok perut ibunya dengan pisau dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Mahmuddin Ariffin, 32, selepas dia mengaku bersalah menakutkan secara jenayah dengan bertindak mengamuk dan mengugut mahu merodok ibunya, Saprah Mohammed, 60, dengan pisau.

Mahkamah memerintah tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 Julai lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Flat Dato Senu, Jalan Dato Senu 26, Sentul di sini pada 12 tengah hari, 10 Julai lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh manakala Mahmuddin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.


0 comments:

share2