Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 27, 2016

RONALDO RANGKUL ANUGERAH PEMAIN TERBAIK EROPAH


Christiano Ronaldo


Pemain bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo dianugerahkan pemain terbaik UEFA selepas berjaya memenangi Liga Juara-juara Eropah dan Euro 2016 lalu.

Dengan penganugerahan tersebut, pemain berusia 31 tahun itu berjaya menewaskan rakan sepasukan, Gareth Bale dan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann yang turut dicalonkan dalam pengundian.

Ronaldo sebelum ini menjaringkan penalti kemenangan untuk Real pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Atletico dan kapten Portugal itu turut memberikan persembahan terbaik dalam aksi Euro 2016 lalu.

Dalam pada itu, pemain penyerang Norway, Ada Hegerberg berjaya memenangi anugerah pemain terbaik bagi kategori wanita.

Pemain kebangsaan Portugal itu mula memenangi trofi berprestij Eropah ketika mewakili Manchester United pada 2008.

Sepanjang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah, Ronaldo menjaringkan 16 gol dalam 12 perlawanan.

Ronaldo menjadi fenomena apabila berjaya menjaringkan 51 gol dalam 48 penampilan bersama kelabnya musim lalu.


0 comments:

share2