Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 24, 2016

TUAH HARI LAHIR ANAK


Tuah hari lahir anak


Klang - Suri rumah, Saidatul Akmar Mohd Sahrin, 30, menganggap kemenangannya dalam Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M) dan menerima RM1,000 adalah tuah sempena kelahiran anak sulungnya.

Menurutnya, anak sulungnya yang berusia empat tahun itu dilahirkan pada 18 Julai dan menganggap, tarikh itu betul-betul membawa rezeki kepadanya sekeluarga.

“Masa dimaklumkan saya menang, memang saya amat terkejut kerana tak sangka saya menang pada tarikh berkenaan.

“Tambahan lagi, banyak penyertaan yang dihantar orang ramai, rupanya terselit rezeki untuk saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia merancang menggunakan separuh wang kemenangan itu bagi membiayai kos pengajiannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) cawangan Kuala Lumpur pada September ini.

“Walaupun sudah ada dua anak, saya nak laksanakan impian saya sambung buat sarjana dalam pengurusan awam dan kemudiannya bekerja.

“Wang ini sebagai tambahan kepada wang yang sedia ada,” katanya yang tinggal di Rantau Panjang, Kapar.

Katanya lagi, wang itu juga akan digunakan untuk membeli barang keperluan anak keduanya, Mohd Firdaus Hairul Nizam berusia 10 bulan.

Sumber

0 comments:

share2